♥ that's my cikarO ♥

Thursday, 25 July 2013

LUCU: Spesis Drebar di Malaysia..Anda Kategori Mane??

1. Spesis Ghaib 
    Dia suke tampal sticker kat cermin kereta dia..sampai kite pun tak tahu sape yang bawak kete sebab tak nampak muke dia..kite pun bimbang juga .. mane lah tawu kot-kot kereta tanpa pemandu ke ..

2. Spesis Perasan
    dia suke sangat ikut lorong tengah yang dikhaskan untuk kereta yang dipandu laju..dia pakai kereta VW antik..tapi dia perasan dia pakai Ferrari..

3. Spesis Sadis
    dia bagi signal kanan kat sebatu..tapi bile sampai simpang dia belok kiri.. sabo jelahh ...

4. Spesis Tegas
    dia bagi signal kanan dan serentak dengan itu dia pun belok kanan..kite yang kat belakang nih terpakselah brek pakai dua belah kaki..menyampah betul ..

5. Spesis Dermawan
    dia suke suruh semua orang kiri kanan jalan dulu..kadang2 kereta kat belakang dia dah berderet-deret dekat sebatu..rase nak angkat kereta dia letak kat tepi..!

6. Spesis Malang
    dia tunggu nak ambik parking kereta orang yang baru masuk keretanya dengan membawa barang2..rupanya orang tu nak tidue sementare nak tunggu wife dia gunting rambut..

7. Spesis Khayal
    dia dari KL nak balik Senawang..dia lupa nak keluar tol senawang..sedar2 dah sampai Tambak Johor..    ( Bukan sayalah! )

8. Spesis Keliru
    dia selalu termasuk jalan yang tulis "no entry" ..kemudian dia buat2 heran..lepas tu cakap"ehh..bukan semalam jalan nih boleh masuk" kepada orang yang tengok dia..

9. Spesis Zalim
    dia terus masuk tempat parking yang kosong walaupun dia tawu dah ade orang lain yang dah sekerat hari menunngu nak masuk parking tu..

10. Spesis Wara'
      dia baca doa masa nak ambil kunci..baca doa masa nak bukak pintu..baca doa lagi masa nak start enjin..baca doa lagi masa nak undur dan baca doa lagi masa nak bergerak ( saya tak komplen..saya cume nak citer je..) ntah2 sebelum nak pinjamkan saya kereta pun dia akan baca doa jugak .. #_#

11. Spesis Selamba
      semua spesis pemandu kat atas saya boleh tahan lagi..tapi spesis pemandu selamba nih saya tak boleh tahan..bila kita sampai kat simpang empat..kita pun berhenti sebab nak belok kanan..tapi spesis nih elok je melintas depan kite dan terus jalan..langsung tak bagi signal..lain kali kalau nak jalan terus..bagilah signal!

12. Spesis Penakut
      dia suka ikut dekat2 dari belakang..kita laju dia pun laju.. kita perlahan dia pun ikut perlahan..ntah apa yang dia takutkan..

13. Spesis Riak
      dia nih hantar anak sekolah..kalau boleh nak kereta sampai masuk dalam kelas..kalau makan kat restoran, kalau boleh nak kereta duduk sebelah meja..mentang2lah kereta dia Sang Kancil Super Turbo Hard Top Special Edition 660 cc...

14. Spesis Tamak
      dia nih suka ikut tengah2 jalan..nak potong kiri pun kita tak dapat..nak potong kanan pun tak dapat..kalau parking pun gitu juga..nak parking kiri tak muat..kanan tak celuihh..ikutkan hati nak jee parking atas kereta dia..

15. Spesis "Herman"
      Dia pakai kereta jenis BMW 740 bdsup - Model tahun 2010. Tapi bila kena hon sikit dek Kancil, dia punyalah terperanjat terus masuk dalam rumput.

16. Spesis Mamai Angau
      Dia bawa kereta melelong-lelong. Kita pun tak tahu dia nak ke mana. Semua jalan macam dia yang punya. Asyik bercakap telefon dengan makwe dia. Kalau dia hantar SMS lagi haru kita. Kita bagi lampu atau hon, bukan dia dengar.

17. Spesis Ulu
      Dia ni agaknya tak pernah masuk pekan. Dia selamba je buang plastik bekas teh tarik dari tingkap kereta dia. Nasib baik dia tak buang buah kelapa. Kita bagi hon, dia tunjuk penumbuk. Dia langgar belakang kereta orang kat lampu merah, dia boleh marah "siapa suruh awak berhenti?".

18. Spesis Penyayang
      Dia ni kereta ada tapi jarang guna.. Kalau hari hujan ... dia naik motor pergi kerja. Takut kereta basah. Kalau balik kampung, lebih rela naik bas. Takut tayar keretanya dahaga haus. Malam hari pasang ubat nyamuk kat kereta. Tak apalah ... kereta dia. dia punya sukalah.

19. Spesis YB
      Dia ni suka angkat tangan dengan semua orang. Kalau berhenti kat lampu merah, orang kiri kanan semua dia angkat tangan. Kalau boleh dia nak keluar dari kereta dan salam sekali dengan dia orang.

20. Spesis Cemas
      dia nih suke ikut lorong kecemasan ..... ~_~

p/s : heeeeeeee .... agak2 u all yang mane ?? bek ngaku pat .... ^_^



1 comment:

Kasanova said...

hahahahahaha.... nasib baik sy bukan dreber..... hahahahaha....